suria

Besi ampaian tertusuk di leher budak perempuan, maut waktu terima rawatan

Ibu bapa perlu memantau pergerakan anak-anak di rumah. -Gambar hiasan

SEORANG kanak-kanak perempuan meninggal dunia selepas dipercayai lehernya tertusuk besi ampaian dalam kejadian pada Sabtu lalu.

Insiden berlaku di rumah keluarganya di sebuah apartmen di Batu Caves, Kuala Lumpur.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, mangsa yang berusia lima tahun sedang bermain dengan besi ampaian di ruang dalam rumah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kejadian itu disedari ibu mangsa yang berusia 40 tahun selepas dimaklumkan oleh seorang lagi anaknya yang melihat mangsa terbaring berlumuran darah.

Tambahnya lagi, kanak-kanak perempuan itu disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tunku Azizah (HTA), Kuala Lumpur.

“Semasa bermain, mangsa tertusuk besi ampaian di bahagian leher.

“Mangsa dikejarkan ke klinik berhampiran dan kemudian dihantar ke HTA, tetapi disahkan meninggal dunia,” katanya.

Menurut Hussein, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain