suria

Putera Mateen, Dayang Anisha selamat bertunang

Majlis pertunangan pasangan ini berlangsung di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan. -Gambar (kiri) Borneo Bulletin/RAFI ROSLI

PENGIRAN Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah selamat bertunang dengan pasangan pilihannya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah pada Selasa di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan, Brunei.

Majlis Istiadat Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja berlangsung dengan rombongan Pengantin Diraja Lelaki menyampaikan hantaran pertunangan dikenali sebagai ‘Tanda Diraja’.

Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Diraja Sahibul Irshad Pengiran Abdul Rahim mengetuai delegasi Pengantin Diraja Lelaki.

Ia disempurnakan mengikut adat dan tradisi Diraja Brunei, demikian menurut laporan Borneo Bulletin.

Turut berangkat ke istiadat tersebut ialah Yang Amat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik Sultan Hassanal Bolkiah.

Istiadat perkahwinan pasangan diraja itu akan berlangsung selama 10 hari, dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja, yang berlangsung pada Ahad.

Dijadualkan majlis pernikahan pasangan ini akan berlangsung pada 11 Januari.

Acara puncak iaitu Majlis Bersanding Pengantin Diraja akan berlangsung di Istana Nurul Iman pada 14 Januari.

Pasangan diraja itu kemudian akan menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan, manakala majlis resepsi pula dijadual diadakan pada malam 15 Januari.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain