suria

Sah rangka manusia ditemukan di rumah terbiar milik Bella!

Lokasi penemuan rangka mayat Bella pada Ahad. -Gambar Facebook

RANGKA manusia yang ditemukan di sebuah rumah terbiar di Jalan Imam Jailani, Tongkang Pechah, Batu Pahat, Johor pada Jumaat lalu sah milik Bella atau Mira Sharmila Samsusah, 32.

Perkara itu disahkan oleh polis setelah hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan didapati sepadan dengan sampel yang diambil daripada ibu dan kakak Bella.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, sampel patalogi rangka manusia yang dihantar ke Jabatan Kimia Johor pada 21 Januari lalu telah diperolehi pada Selasa.

“Pihak polis telah menghubungi keluarga Bella untuk menuntut mayat (rangka) di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru,” katanya dalam satu kenyataan, Selasa.

Jelas Ismail, kertas siasatan dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri dan telah mendapat arahan salah seorang suspek iaitu suspek utama untuk dituduh kerana membunuh.

Katanya, pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Majistret Batu Pahat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan pukul 9 pagi Rabu.

Pada 14 Disember tahun lalu, ibu tunggal kepada dua anak itu dilaporkan hilang selepas tidak dapat dihubungi.

Susulan kejadian, ahli keluarganya membuat dua laporan polis iaitu pada 16 dan 18 Disember.

Bella dikatakan berada di dalam kereta teman lelakinya pada pukul 11.50 malam dan memakai pakaian batik untuk pergi ke kedai dobi berhampiran sebelum dia dilaporkan hilang.

Tiga suspek berkaitan kes kehilangan Bella telah ditahan sebelum salah seorang daripadanya menunjukkan lokasi penemuan rangka manusia pada petang Jumaat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain