suria

Polis berpangkat sarjan miliki hampir RM4,000 ketika buat 'road block', satu pasukan disiasat

Tindakan menerima atau memberi rasuah merupakan satu kesalahan. -gambar hiasan

SATU kertas siasatan tatatertib dibuka selepas penemuan wang tunai berjumlah RM3,753 yang dimiliki oleh seorang anggota polis trafik berpangkat sarjan ketika menjalankan satu sekatan jalan raya.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan itu susulan pemeriksaan pasukan daripada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman ke atas sekumpulan polis dari Petaling Jaya yang menjalankan operasi Op Alkohol pada Ahad.

“Saya mengesahkan pemeriksaan itu dijalankan pihak JIPS di kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada pukul 2.30 pagi terhadap sebuah unit trafik yang sedang menjalankan Op Alkohol.

“Pemeriksaan mendapati seorang daripada anggota trafik terbabit memiliki wang tunai RM3,313 dan juga RM440 yang ditemui di dalam kereta,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Hussein berkata, kertas siasatan yang dibuka itu bagi mengenal pasti sumber wang tunai terbabit membabitkan unsur rasuah atau pun tidak.

Menurut beliau, kesemua anggota terbabit kini sedang disiasat dan akan dikeluarkan daripada tugasan penguat kuasa sehingga siasatan selesai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain