suria

Lelaki temui ajal, digilis jentera berat selepas terjatuh dari lori balak

Pemandu lori maut di lokasi kejadian. -Gambar hiasan

SEORANG pemandu lori menemui ajal ketika mengikat balak di atas kenderaan itu, dipercayai selepas tergelincir ke bawah sebelum digilis sebuah jentera berat di Kilometer (KM) 26 Jalan Jerantut-Padang Piol di Jerantut, pada Jumaat.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Azman Mat Kamis berkata, ia berlaku pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari dan mangsa Saifulnizam Zakaria, 41, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati ketika kejadian mangsa sedang mengikat balak di atas atas lori treler jenis Nissan menggunakan rantai besi.

"Bagaimanapun, mangsa tiba-tiba tergelincir dan terjatuh di belakang kenderaan itu.

"Ketika itu, pemandu jentera berat yang sedang menjalankan kerja-kerja mengangkat balak tidak menyedari mangsa berada di belakang jentera berat itu.

"Mangsa tergilis dan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Tragis! Ibu maut disengat tebuan