suria

Dua maut, lapan cedera dalam kemalangan jalan raya Gerik

Keadaan kenderaan yang teribat kemalangan.l

DUA maut manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Lebuhraya Timur-Barat, berhampiran Banjaran Titiwangsa, Gerik di Perak.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Sayani Saidon berkata, panggilan kecemasan dibuat pada 12.23 tengah hari berhubung kemalangan yang berlaku di Kilometee 65 lebuh raya itu.

Beliau berkata ketika bomba tiba di tempat kejadian, mangsa sudah dibawa keluar dari kenderaan oleh orang awam.

“Mangsa dibawa ke hospital Gerik dengan menaiki ambulans. Dari salah sebuah kereta, pasangan suami isteri itu meninggal dunia, manakala seorang bayi perempuan dan dua kanak-kanak lelaki cedera.

“Di dalam kenderaan lain, seorang lelaki dan empat wanita cedera,” katanya. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain