SEBILANGAN pengguna iPhone yang mengemas kini kepada iOS 17.5 terkejut apabila mendapati bahawa foto-foto lama mereka yang dipadamkan beberapa tahun lalu muncul semula dalam peranti mereka. Seorang pengguna Reddit berkata, foto yang dipadam dua tahun lalu muncul semula, manakala seorang lagi mendakwa empat keping gambar dari tahun 2010 muncul menerusi storan iCloud. Di laman X, beberapa pengguna turut menyuarakan aduan mereka. Seorang netizen berkata storan iCloud miliknya telah dimaksimumkan kerana imej yang dipadamkan sebelum ini muncul semula, sekali gus mengambil lebih banyak ruang simpanan. Kebanyakan pengguna berkata mereka tidak selesa apabila foto yang telah dipadamkan secara kekal kini muncul semula, sekali gus menimbulkan persoalan tentang tahap keselamatan peranti keluaran Apple. Ini kerana foto atau video yang dipadam sepatutnya hanya disimpan selama maksimum 30 hari dalam album "Recently Deleted". Ada dalam kalangan netizen yang mempersoalkan dasar privasi Apple, kerana syarikat itu mendakwa memperjuangkan privasi penggunanya. Sehingga kini, Apple masih belum mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu. - The Star. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube