suria

Kemalangan libatkan 3 mangsa akibat jalan licin, seorang terpelanting keluar dari kereta

Kemalangan di Jalan Kampung Kawang.

SEORANG wanita maut selepas tercampak keluar dari kereta dalam kemalangan di Jalan Kampung Kawang, Kinarut, Papar, Sabah pada petang Isnin.

Mangsa berusia 44 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai paramedik, manakala dua lagi mangsa berumur 16 dan 39 tahun yang menaiki kereta sama mengalami kecederaan ringan.

Siasatan awal mendapati kereta jenis Proton Persona itu hilang kawalan dipercayai akibat jalan licin, menyebabkan mangsa terpelanting keluar sebelum kereta terhumban masuk ke dalam parit kira-kira 50 meter dari jalan raya.

Penolong Kanan Penguasa Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Ishak Amran berkata seramai 11 anggota yang diketuai Mohd Hamdani Mohd Harith dikejarkan ke lokasi kejadian apabila menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.46 petang.

Tambah Ishak, anggotanya tiba di tempat kejadian pada pukul 5.17 petang yang terletak sejauh 25 kilometer dari Balai Bomba Papar.

"Apabila tiba di lokasi kejadian, anggota bomba menemukan seorang mangsa di atas jalan.

"Salah seorang mangsa yang tercedera dibawa keluar oleh orang awam, manakala seorang lagi yang terperangkap di dalam bangkai kereta dikeluarkan oleh anggota bomba menggunakan peralatan khas," katanya.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Kedua-dua mangsa lelaki berusia 16 dan 39 tahun diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Papar untuk rawatan lanjut.

"Operasi ditamatkan pada pukul 5.51 petang setelah lokasi kejadian dipastikan selamat," kata Ishak. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain