SUSULAN penahanan ibu bapa kanak-kanak austisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin dan keterangan bekas pengasuh serta dua individu, rakyat Malaysia dikejutkan pula dengan pengesahan peguam keluarga tersebut yang tiba-tiba menarik diri.
Mahmud Jumaat dari Tetuan Emir Mahmud & Co yang sebelum ini lantang meminta warga maya untuk tidak membuat spekulasi tentang penahanan tersebut dilaporkan membuat penarikan secara drastik bermula Selasa atas faktor-faktor tertentu.
Pada Jumaat lalu, pasangan terbabit ditahan di Puncak Alam, Selangor mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan berkaitan jenayah bunuh.
Majistret Azura Mohd Saad memerintahkan tahanan reman dibuat sehingga 7 Jun.
Untuk rekod, Zayn Rayyan, 6, ditemukan meninggal dunia di sebatang anak sungai pada malam 6 Disember, sehari selepas dia dilaporkan hilang di kawasan kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai.
Laporan bedah siasat yang dikeluarkan pada 7 Disember mengesahkan kanak-kanak itu mati dibunuh kerana terdapat kesan kecederaan pada leher serta badannya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube