KECOH di laman sosial sebuah keluarga termakan daging babi selepas pekerja penghantaran tersalah memberikan bungkusan tempahan. Kisah yang berlaku pada 1 Jun lalu itu dimuat naik oleh pemilik akaun Izham Nayan di media sosial sehingga mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen. Menerusi hantarannya yang tular, Izham Nayan berkata pekerja penghantaran terbabit tersalah hantar makanan berisi daging babi ke rumah rakannya. Susulan tindakan itu, anak-anak rakannya telah termakan daging berkenaan yang haram dimakan oleh umat Islam. Gambar resit yang dikongsikan di media sosial. "Foodpanda salah hantar makanan babi ke rumah kawan saya, anak-anak dia dah termakan. "Asal pesanan adalah Mee Tarik Warisan, ibu pula tengah uruskan kelas dalam talian... anak-anak kecil pula tengah lapar," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya pandu Mercedes ke sini!” - Pelanggan naik angin restoran salah hantar makanan, rugi kena isi minyak nak tukar pesanan Menurut Izham Nayan lagi, pesanan itu dibuat oleh si bapa untuk anak-anaknya makan di rumah. "Anak-anak terima dan terus makan, resit biasa tampal kat luar tapi yang ni kat bawah sekali dalam plastik... keluarkan semua baru jumpa resitnya," katanya lagi. Menerusi beberapa gambar tular, terdapat dua resit dari kedai berbeza yang dikongsikan yang mana sebuah kedai adalah premis nasi ayam manakala satu lagi menjual mee tarik yang terletak di Kajang. Antara komen warga maya. Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warga maya menyalahkan sikap rider yang tidak berhati-hati ketika menghantar makanan yang dipesan. "Saya pernah order. Rider cakap dah hantar, kita menggelabah cari mana dia letak... rupanya anak jiran dah ambil simpan untuk makan. "Pernah juga rider salah bagi makan tapi masa tu dah tanya betul-betul pada rider sebab order sikit saja. Kadang-kadang mereka pun terlepas pandang. "Tak apa, tidak dikira berdosa kalau memang betul tak perasan. Kalau dah tahu tapi masih lagi makan atau buat memang haram," ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube