suria

Keluarga lantik peguam baharu untuk wakili ibu bapa Zayn Rayyan

Keluarga Zayn Rayyan melantik peguam baharu untuk mewakili ibu bapanya.

KELUARGA Zayn Rayyan Abdul Matiin, kanak-kanak autisme yang dibunuh pada Disember lalu telah melantik peguam baharu untuk mewakili ibu bapanya, yang kini dalam tahanan reman polis.

Peguam Fahmi Moin mengesahkan dia dilantik untuk mewakili pasangan itu sejak Isnin.

“Saya dilantik secara rasmi semalam dan saya akan mewakili anak guam pada akhir prosiding reman pada Jumaat ini,” kata Fahmi ketika dihubungi The Star pada Selasa.

Sebelum ini, peguam terdahulu yang mewakili ibu bapa Zayn Rayyan iaitu Mahmud Jumaat memaklumkan dia menarik diri daripada kes itu atas sebab yang tidak dinyatakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Peguam ibu bapa arwah Zayn Rayyan tarik diri bermula Selasa

Keputusan itu diumumkan selepas pasangan itu direman tujuh hari mulai Sabtu bagi membantu siasatan polis mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ibu bapa Zayn Rayyan ditahan di Puncak Alam kira-kira jam 11 pagi Jumaat.

Pada 5 Disember 2023, Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang di Damansara Damai dan mayatnya ditemukan berhampiran sungai kira-kira 200 meter dari rumahnya di Pangsapuri Idaman.

Bedah siasat mendedahkan kecederaan di leher dan badannya, membawa kepada kesimpulan bahawa dia dibunuh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain