suria

Gangguan bekalan air di Selangor, Lembah Klang… Ini senarai kawasan terjejas

Gangguan bekalan air pada 5 Jun dijangka selesai pada keesokan harinya.

BEBERAPA kawasan di Selangor dan Lembah Klang mengalami gangguan air berjadual sementara bermula pukul 9 pagi Rabu sehingga 7 Jun ini.

Kawasan terlibat merangkumi Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

Bagaimanapun, pengguna dijangka menerima bekalan air secara berperingkat bermula pukul 3 pagi pada 6 Jun di Petaling (20 tangki), Klang (19), Gombak (18) dan Kuala Lumpur (16).

Sementara itu, di Hulu Selangor dan Shah Alam masing-masing akan menerima tiga tangki bekalan air, manakala lapan akan dihantar ke Kuala Selangor.

Tempoh gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air.

Air Selangor akan menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

Air Selangor menasihatkan para pelanggan yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.

Ini senarai kawasan terjejas yang dikeluarkan oleh Air Selangor.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain