suria

Hidup tak selamat… Suspek curi Honda City merah dicekup!

Tangkap layar CCTV ketika kejadian curi kereta di stesen minyak Semambu.

SEORANG lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian mencuri kereta di sebuah stesen minyak di Semambu pada petang Isnin ditahan polis di Bentong, Pahang awal pagi Rabu.

Kereta yang dilarikan itu juga sudah ditemui.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu.

Pada Isnin lalu suspek melarikan sebuah kereta Honda City berwarna merah bersama seorang penumpang warga emas wanita berusia 68 tahun.

Warga emas itu kemudiannya ditinggalkan kira-kira 400 meter dari stesen minyak itu tanpa kecederaan, manakala suspek terbabit terus melarikan kereta berkenaan.

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian tular di laman media sosial sejak Selasa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain