suria

Mayat jurutera mereput dalam Proton Saga FLX merah... Ditemukan selepas 18 hari hilang

Mangsa kali terkahir dilihat oleh rakan sekerjanya pada 18 Mei.

MISTERI kehilangan seorang lelaki sejak 18 Mei lalu terungkai apabila mayatnya ditemukan dalam sebuah kereta pada pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kereta itu diparkir di hadapan sebuah premis perniagaan di Taman Sentosa, Johor Bahru.

Mangsa, Muhammad Hamizan, 33, yang juga seorang jurutera dipercayai meninggal sejak beberapa hari lalu dan ditemukan dalam keadaan sudah mereput di tempat duduk pemandu.

"Mangsa dianggarkan meninggal dunia dalam tempoh tiga hari dan mayat ditemukan sudah mula membusuk. Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah," katanya dalam satu kenyataan.

Punca kematian masih belum dikenal pasti.

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga lantik peguam baharu untuk wakili ibu bapa Zayn Rayyan

Tambahnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk proses bedah siasat.

Untuk rekod, abang mangsa iaitu Muhammad Haziq Ramli, 34, memohon orang ramai menyalurkan maklumat pada 29 Mei lalu selepas mangsa hilang selama 10 hari.

Mangsa yang hilang bersama kereta Proton Saga FLX warna merah merupakan jurutera tapak di Projek Perumahan Transit Penjawat Awam Pengerang.

Dia kali terakhir dilihat oleh rakan sekerjanya pada 18 Mei.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan