suria

Kantoi intai wanita dalam tandas, lelaki gatal direman 4 hari

Tangkap layar video suspek ditahan di dalam tandas wanita.

SEORANG lelaki berusia 24 tahun ditahan kerana didakwa mengintai wanita di dalam tandas sebuah pusat beli-belah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kejadian berlaku dekat Jalan Flora Utama di Batu Pahat, kira-kira pukul 12.30 tengah hari Khamis.

Mangsa berusia 28 tahun menyedari suspek sedang mengintainya melalui ruang bawah antara tandas sebelah dengan tandas yang digunakannya.

"Mangsa menjerit meminta tolong sambil turut menjirus air ke arah suspek," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut Shahrulanuar, pengawal keselamatan pusat beli-belah itu datang membantu wanita itu dan menangkap suspek bersembunyi dalam tandas bersebelahan.

Mereka kemudian melaporkan mengenai kejadian itu kepada polis.

"Suspek direman empat hari bermula sehingga 17 Jun dan kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan tidak senonoh," katanya.

Kesalahan itu boleh dihukum penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tular video di media sosial menunjukkan suspek ditegur oleh pengawal keselamatan di dalam tandas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain