suria

“Kawan tak boleh pakai” - Hakim suruh Miza Ozawa balik Pulau Pinang, jangan tinggal di KL selepas hukuman penjara 2 bulan

Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas Siti Amiza.

SEORANG wanita dikenali sebagai Miza Ozawa dihukum penjara dua bulan atas kesalahan mencari langganan bagi maksud persundalan menerusi aplikasi Telegram.

Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi memerintahkan Miza atau Siti Amiza Baharuddin, 27, dipenjara bermula tarikh tangkapan iaitu 6 Jun.

Hukuman dijatuhkan selepas peniaga ubat kuat itu mengekalkan pengakuan bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Shahrul Rizal Majid.

Mengikut pertuduhan, Siti Amiza didakwa melakukan kesalahan berkenaan di sebuah unit kondominium dekat Bukit Mahkota di sini pada pukul 4 petang, 6 Jun lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dalam rayuannya, wanita yang sedang hamil enam bulan itu mengakui insaf dan memohon mahkamah meringankan hukuman ke atasnya.

"Saya mengandung dan insaf perlakuan lama saya, dan mohon dikenakan hukuman denda dan bukan penjara. Saya berjanji tidak akan melakukan kesalahan terkutuk ini lagi dan mahu memulakan hidup baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki marah dedahkan Miza Ozawa ada HIV, anggap buka aib... Tapi ramai tak setuju, lebih risau pelanggan dapat penyakit!

"Saya mahu menjaga anak ini selepas keguguran anak pertama, saya tidak boleh berada dalam penjara, boleh jadi mental dan tekanan," ujar Siti Amiza sebak.

Sebelum dijatuhkan hukuman, Hakim sempat menasihati Siti Amiza untuk pulang ke kampung keluarganya.

Siti Amiza sebelum itu mendedahkan dia mahu membuka sebuah keda makan di ibu negara.

Hakim: Awak asal mana?

Siti Amiza: Saya asal Pulau Pinang.

Hakim: Lepas ini hendak buat buat apa?

Siti Amiza: Saya hendak buka kedai makan dekat KL (Kuala Lumpur) dan mahu jaga anak (dalam kandungan).

Hakim: Kenapa dekat KL, siapa ada? Kenapa tidak di Pulau Pinang?

Siti Amiza: Saya senang cari makan di KL.

Hakim: Family (keluarga) di mana?

Siti Amiza: Pulau Pinang, KL ada kawan.

Hakim: Balik Pulau Pinang... dekat KL tiada saudara mara kan, kawan tak boleh pakai...duduk dengan family kalau betul hendak jaga anak.

Siti Amiza: Faham tuan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain