suria

Pak guard pusat beli-belah buang anak kucing dalam longkang! Saksi tak duduk diam

Penganiayaan ke atas haiwan merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. -Gambar hiasan

POLIS melancarkan siasatan selepas seorang pengawal keselamatan didakwa membuang seekor anak kucing ke dalam longkang di Petaling Jaya.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaa'far berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada 18 Jun lalu.

Pengadu, seorang eksekutif kanan berusia 52 tahun berkata dia melihat seorang pengawal keselamatan daripada sebuah pusat membeli-belah berhampiran membuang anak kucing ke dalam longkang.

ARTIKEL BERKAITAN: Kejam! Anak monyet mati didera sekumpulan individu

“Dia kemudian meminta bantuan daripada petugas kebersihan pejabatnya untuk menyelamatkan anak kucing itu sebelum dibawa ke klinik haiwan di Mutiara Damansara.

“Susulan kejadian itu, polis memanggil pengawal keselamatan untuk disoal siasat dan memberi amaran keras.

“Laporan polis juga dimajukan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain