suria

Pesawat MAS dalam penerbangan ke Bangkok alami masalah tekanan, terpaksa berpatah balik ke KLIA

Pesawat MAS dalam perjalanan ke Bangkok terpaksa berpatah balik ke KLIA. -Gambar hiasan

SYARIKAT penerbangan Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan sebuah pesawatnya terpaksa berpatah balik ekoran isu tekninal pada Isnin.

Penerbangan MH780 dalam perjalanan ke Bangkok, Thailand itu kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ekoran masalah tekanan pada pukul 5.59 petang.

"Pesawat itu kekal stabil dan kembali ke KLIA yang mana ia selamat mendarat pada pukul 8.18 malam," ujar MAS dalam satu kenyataan.

ARTIKEL BERKAITAN: Penumpang berdepan detik cemas, pesawat MAS berpatah balik ke Hyderabad kerana masalah enjin

Terdahulu, AviationSource News melaporkan sebuah pesawat MAS dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Suvarnabhumi mengalami isu tekninal.

Laporan sama menyebut pesawat MAS sudah memasuki ruang udara Thailand ketika masalah itu berlaku, memaksa mereka berpatah balik ke ibu negara.

Untuk rekod, mStar pada 20 Jun lalu turut melaporkan sebuah pesawat MAS yang membawa lebih 100 penumpang terpaksa mendarat cemas di Lapangan Terbang Hyderabad, India selepas mengalami kegagalan enjin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain