suria

Pemilik video ‘dekat dengan Fatin’ mohon maaf... Akur suara, ekspresi muka kurang sesuai untuk kandungan dakwah

Fatin membuat permohonan maaf secara terbuka pada Isnin.

PENCIPTA kandungan, Fatin Nabila Ahmad Zainuddin membuat permohonan maaf secara terbuka selepas video dakwahnya meraih kecaman netizen.

TikToker itu berdepan kecaman apabila gaya penyampaiannya dianggap kurang bersesuaian sehingga ia menjadi bahan jenaka segelintir individu.

"Saya ada muat naik video berkaitan 'dekat dengan Fatin' dan saya tengok ramai yang respons. Niat saya hanya nak sampaikan mesej supaya tak banding diri dengan orang lain.

"Namun saya sedar pendekatan dalam menyampaikan mesej agak salah, daripada segi suara dan muka yang dekat skrin. Dengan rendah diri, saya mohon maaf atas kesilapan yang dibuat.

Video dakwah Fatin menjadi bahan jenaka segelintir individu.

Video dakwah Fatin jadi bahan jenaka segelintir TikToker.

"Banyak saya belajar daripada situasi ini. Terutamanya tentang suara, ekspresi muka, saya akan perbaiki lagi," ujar Fatin.

Dia membuat permohonan maaf terbuka menerusi satu video di akaun TikTok miliknya pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Dialog ‘dekat dengan Fatin’ dibuat jenaka, tolak tepi mesej positif... Content creator ikut nasihat suami, padam video TikTok

Terdahulu, mStar melaporkan pencipta kandungan itu memadam sebuah video dakwahnya daripada TikTok selepas dia menjadi bahan jenaka ramai.

Dialog 'dekat dengan Fatin, jom... jom kita sembang' yang diucapkan wanita itu tular apabila segelintir TikToker membuat parodi dengan menghasilkan video merapatkan wajah mereka pada skrin yang memaparkan muka Fatin.

Dalam temubual bersama mStar pada Ahad, Fatin berkata dia memadam video dakwah itu selepas mendapat nasihat daripada suami serta pasukannya.

Fatin yang memiliki 1.2 juta pengikut di TikTok menggunakan platform itu untuk menyampaikan dakwah dan dia juga pernah mendapat liputan mStar pada Januari 2021.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain