suria

Makcik 64 tahun melulu keluar simpang! Siswa UiTM temui ajal, motor rempuh kereta di laluan lurus

Kemalangan melibatkan motosikal Yamaha R250 dan kereta Nissan Sylphy pada Ahad.

SEORANG penuntut Universiti Teknologi Mara(UiTM) Jengka maut selepas motosikal ditungganginya merempuh sebuah kereta di simpang hadapan Balora Mustika Bandar Jengka, Pahang pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintenden Mohamad Zamri Mohamad Zaber berkata, kemalangan berkenaan melibatkan motosikal Yamaha R250 dan kereta Nissan Sylphy.

Menurutnya, dalam kejadian pukul 9.15 malam itu, mangsa Ahmad Imran Aiman Md Mubin, 23, dari Felda Lepar Utara 1 sedang dalam perjalanan dari UiTM Jengka menghala ke Bandar Jengka, Pahang.

"Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba sebuah kereta keluar simpang di sebelah kanan secara melulu lalu dilanggar motosikal mangsa yang sedang bergerak lurus di jalan utama," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Kata Zamri, akibat kemalangan tersebut mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu wanita berusia 64 tahun dan anaknya berusia 24 tahun mengalami kecederaan.

Kedua-dua anak beranak itu kini mendapatkan rawatan di Hospital Jengka, Pahang.

Jelas Zamri, siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain