SEORANG wanita berusia 63 tahun maut selepas terlibat dalam satu pergaduhan dengan anaknya yang menghidap penyakit mental. Kematian menyayat hati itu berlaku di sebuah rumah di Bahau, Jempol, Negeri Sembilan pada Selasa. Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook, mangsa bergaduh dengan anak lelakinya, seorang pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang berusia 33 tahun. Polis dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima laporan mengenai satu pergaduhan pada pukul 11.55 pagi. "Suspek dalam kejadian ini adalah anak pertama mangsa dan merupakan seorang pemegang kad OKU mental. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu muda maut bersama anak 2 tahun... Motosikal rempuh lori balak parkir di bahu jalan "Mereka sebelum itu dipercayai bertengkar dan berlaku pergelutan, tiada kecederaan disebabkan senjata tajam," ujarnya dalam satu kenyataan pada Selasa. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk proses bedah siasat bagi mencari punca kematiannya. Tambah Chang Hook, suspek telah ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. "Reman ke atas suspek akan dilakukan pada Rabu di Mahkamah Majistret Bahau dan orang awam dinasihatkan supaya tidak menularkan sebarang gambar si mati," ujarnya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube