suria

Pemuda Singapura pecah rekod! Pergi Pulau Pinang makan setalam nasi kandar harga RM300 sampai licin

Lelaki ini tular kerana mampu makan setalam nasi kandar berharga RM300.

SEORANG lelaki meraih perhatian ramai apabila dia membeli hidangan nasi kandar pada harga RM300.

Kisah mengenai pelanggan itu dikongsi menerusi Facebook Nasi Kandar Sulaiman (NKS) di Pulau Pinang pada pagi Rabu.

Menurut pengendali Facebook NKS, pelanggan berkenaan merupakan seorang pencipta kandungan dari Singapura yang popular di platform TikTok.

"RM300. Pecah rekod. All time biggest ever record. Seorang makan. Orang Singapura. Dia memang seorang influencer TikTok buat video makan banyak-banyak. Siap bawa talam lagi. Nama TikTok dia Zermatt Neo.

nk2

Pelanggan tular itu merupakan TikToker warga Singapura.

"Kali ini dia datang NKS makan nasi kandar sampai RM300. Rekod paling tinggi dalam sejarah NKS. Kami tak panggil dia, dia sendiri yang datang makan," ujar pengendali Facebook NKS.

Sebelum ini, seorang lelaki pernah tular apabila dia membeli nasi kandar pada harga RM218 di kedai sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyokong Arsenal pecah rekod, makan nasi kandar harga RM218 - “Sempoi, padu punya... surr!”

Perkongsian itu turut dihujani pelbagai komen netizen.

"Kita makan sepinggan dah kenyang, dia makan setalam.

"Zermatt ni competitive eater. Setakat setalam nasi kandar tu dia pejam mata je.

"Definisi kaya yang sebenar," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain