suria

Abang ‘guard’ sekolah tolong buka kelas, komplot dengan 2 remaja rogol gadis 13 tahun!

Gangguan seksual memberi kesan yang besar terhadap diri mangsa. -Gambar hiasan

SEORANG pengawal keselamatan sebuah sekolah di Petaling Jaya menjadi antara tiga individu dipercayai terlibat dalam perbuatan jenayah rogol ke atas gadis berusia 13 tahun pada 1 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, tiga lelaki termasuk dua remaja berusia 15 tahun itu ditahan pada Selasa kerana disyaki memperkosa gadis tersebut di sebuah sekolah di sekitar Kota Damansara.

Menurut Shahrulnizam, berdasarkan siasatan awal, semua suspek yang berusia 15 hingga 24 tahun tersebut tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Difahamkan gadis berkenaan berkenalan dengan suspek berusia 15 tahun yang merupakan pelajar di sekolah sama menerusi aplikasi media sosial.

"Mangsa dijemput oleh suspek bersama seorang lagi rakannya yang merupakan pengawal keselamatan sekolah menaiki kereta.

"Gadis itu kemudiannya dibawa ke sebuah kelas di sekolah berkenaan sebelum dirogol oleh dua suspek tersebut kira-kira pukul 12.50 tengah malam," katanya pada Khamis.

Mengulas lanjut, Shahrulnizam berkata, mangsa dan suspek menaiki kereta yang tidak dapat dikenal pasti nombor pendaftarannya.

Jelasnya lagi, pengawal keselamatan berusia 24 tahun itu dipercayai berkomplot dalam membantu membuka kelas di sekolah terbabit, sebelum merogol mangsa.

Pada malam yang sama juga, datang seorang lagi individu iaitu suspek ketiga yang berusia 15 tahun turut melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap mangsa.

Susulan itu suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan bermula Rabu sehingga 2 Julai ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain