TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Perumpamaan tersebut sesuai untuk menggambarkan sikap dua wanita yang tular, kerana mengutuk bekas rakan sekerja mereka dalam sesi siaran langsung di aplikasi TikTok. Ia berikutan, individu yang dikutuk kedua-dua wanita terbabit bertindak merekod sesi siaran langsung tersebut dan menularkannya di laman X sejak 26 Jun. Mesej yang dipercayai dihantar oleh salah seorang wanita berkenaan kepada pengadu. Menerusi klip video tersebut, wanita berkenaan bukan sahaja mengkritik pakaian dan sikapnya semasa bekerja malah turut merendah-rendahkan kelulusan akademik yang bertaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). "Baju dahlah warna lain, patutnya pakai warna putih, seluar hitam, kasut hitam. Belajar setakat SPM, berlagak. "Aku pun SPM juga, dealer kita orang memang garang. Jadi dia berhenti kerja sebab kita perlukan lelaki yang segak, handsome dan tak sombong. ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda hantar mesej buat ex-GF, 4 sekawan ‘terpaling pandai English’ ketawa berdekah sebab grammar berterabur... Geli lelaki bodoh "Dia hilang sabar dan terus berhenti kerja, tapi baguslah sebab aku tak suka dia. Dia ingat dia handsome sangat ke, muka macam gay boy, kulit putih melepak... lempang kang," katanya. Berkongsi rakaman tersebut, lelaki yang menjadi mangsa kutukan tersebut berkata, dia hanya sempat berkerja di syarikat berkenaan selasa dua minggu. “Allah maha kuasa. Tak sangka kebetulan tengah slide TikTok, tiba-tiba termasuk live orang yang tengah kutuk saya. Saya jumpa dua orang ini baru dua minggu kerja. Kemudian tak berkenalan lagi dah kena kutuk dalam live. Aku berhenti kerja sebab tak mahu duduk dalam lingkungan toksik. PENGADU “Tapi kuasa Allah jugalah saya hari-hari berdoa... ya Allah jauhkanlah saya daripada orang-orang yang tak baik. Saya tak pernah tahu pun TikTok mereka ini. Dengan kuasa Allah, lalu live ini dekat FYP saya. Sedang elok tengah mengutuk, saya pun apa lagi rekodlah. "Mungkin aku tak cukup handsome agaknya sebab dalam live mereka sebut nak lelaki segak handsome. Padahal yang cakap tu dah ada suami dan dua anak kalau tak silap. Kenapa nak workmate yang handsome, nak menggatal ke," kata lelaki tersebut. Menurut lelaki ini, dia pada awalnya enggan menularkan video tersebut namun salah seorang daripada wanita berkenaan seolah-olah mencabarnya untuk berbuat demikian. Antara reaksi warga maya pada hantarannya. Tambah lelaki berkenaan dia mengambil keputusan untuk meninggalkan syarikat tersebut kerana enggan berada dalam persekitaran rakan sekerja yang toksik. "Aku pun berhenti kerja sebab tak mahu duduk dalam lingkungan toksik, tak seronok. Isteri pun tengah hamil. Aku nak pesan kau orang kat luar sana, tak payahlah nak mengata orang sebab kita bukan sempurna pun. “Insya-Allah ada rezeki lain, kita berhenti bukan bermakna kita undur diri. Tapi sebab tidak mahu duduk dengan persekitaran yang toksik. Kalau saya stay pun, saya tahu dah apa yang akan jadi,” ujar lelaki berkenaan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube