suria

Guna alasan nak buang santau, ‘asah’ ilmu ghaib... Bapa rogol, liwat anak tiri dalam bilik disaksikan isteri!

Merogol adalah satu kesalahan jenayah yang boleh dikenakan hukuman berat. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki mengaku bersalah atas tuduhan merogol dan meliwat anak tirinya dengan alasan mahu membuang santau serta menguatkan ilmu ghaib yang dipelajari.

Susulan itu menerusi prosiding di Mahkamah Sesyen Muar di Johor pada Khamis, tertuduh yang merupakan seorang tukang cat dijatuhi hukuman penjara 20 tahun serta enam sebatan.

Hakim Abu Bakar Manat membuat keputusan itu selepas tertuduh yang berusia 44 tahun mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikemukakan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

"Kalau lihat cerita daripada fakta kes, perbuatan kamu (merogol) tidak masuk akal," demikian kata hakim.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan dengan anak tirinya berusia 17 tahun ketika kejadian, di sebuah rumah di Segamat pada pukul 11.30 malam, pada 2021.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh diwakili Syafie Naim daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Sebelum ini, tertuduh didakwa menjadikan mangsa sebagai 'isteri kedua' dengan melakukan perbuatan keji tersebut yang turut disaksikan isterinya dalam bilik.

Si ibu yang berusia 42 tahun sudah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun di mahkamah sama pada 30 Januari lalu selepas mengaku bersalah bersubahat dengan tertuduh.

Wanita berkenaan didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 376B kanun sama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain