suria

Padah ikut kenalan baru gimnasium balik rumah, warga asing cedera diliwat

Polis sentiasa bertindak atas maklumat awam.

GARA-GARA menerima pelawaan kenalan baru dikenali di gimnasium untuk berbual di rumah, seorang lelaki warga asing diliwat sehingga dubur mengalami kesan koyakan.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah kondominium sekitar Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, mangsa berusia 25 tahun memaklumkan baru berkenalan dengan suspek warga tempatan di sebuah gimnasium pada Mac lalu.

Katanya, kejadian berlaku apabila suspek mengajak mangsa ke rumahnya untuk berbual sekitar pukul 5 petang.

“Mangsa telah berjumpa suspek di koridor kondominium sebelum pergi ke rumahnya untuk berbual-bual.

“Sampai sahaja di rumah, suspek bertindak membuka pakaian dan mula menyentuh badan mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Menurut beliau, mangsa mengaku tidak menjerit kerana bimbang jiran terdengar atau nampak kejadian yang boleh memalukan dirinya.

Tambah Shahrulnizam, mangsa yang mendapatkan rawatan dan pemeriksaan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) didapati mempunyai kesan koyakan pada dubur.

“Sehingga kini belum ada tangkapan dibuat. Siasatan dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain