RAKAMAN memaparkan seorang pelanggan lelaki bersama seekor anjing di dalam sebuah kedai serbaneka di Kota Emerald, Rawang mencetuskan kemarahan ramai. Menerusi video yang dikongsi di laman TikTok Shafiz2994, seorang pengawal keselamatan memberikan teguran selepas melihat lelaki terbabit membawa anjing peliharaannya ke dalam kedai. "Hello, maafkan saya bos. Ini (anjing) tak boleh bawa masuk sini bos. Ada (terima) aduan dekat sini. Tangkap layar video tular. "Tak ada bos, sini tak boleh," kata petugas itu dengan nada sopan menghalau individu berkenaan. Dia turut menjelaskan haiwan tersebut juga boleh mendatangkan bahaya kepada orang awam sekiranya ia bertindak agresif dengan menggigit. Bagaimanapun, pelanggan lelaki itu berkeras serta tidak berganjak daripada meja didudukinya selepas ditegur. Malah, dia juga kelihatan menghalau pekerja tersebut supaya beredar dan tidak mengganggu urusannya. ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan selamba bawa anjing lepak mamak, pekerja pantas bertindak terus cuci kerusi dan meja ARTIKEL BERKAITAN: Hari-hari makan sedap, badan pun sado... anjing jadi bodyguard gerai nasi lemak! Tauke tukar tapak, Doggo ‘sibuk’ ikut sekali Menurut Shafiz, hantaran dibuat ini dibuat dengan harapan pihak bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap lelaki terbabit bagi menghormati budaya masyarakat setempat dan sensitiviti pelanggan beragama Islam. "Tindakan seorang pemilik perumahan di kawasan kota Emerald membawa anjing peliharaannya bersiar-siar di dalam kawasan kedai serbaneka CU Mart Kota Emerald Rawang. "Tindakan pemilik anjing tersebut menunjukkan tiada 'common sense' terhadap pelanggan beragama Islam yang sedang menikmati makanan dalam premis tersebut. "Saya berharap pihak bertanggungjawab dapat ambil tindakan selanjutnya," katanya. Kadang pelanggan macam ni tak faham bahasa. Tak bagi masuk pun bawa masuk juga. NETIZEN Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang berang dengan sikap lelaki berkenaan. "Ini tak boleh diterima. Jangan jadi bodoh. Tiada haiwan boleh dibawa ke dalam premis. "Kadang pelanggan macam ni tak faham bahasa. Tak bagi masuk pun bawa masuk juga," komen netizen. Jika diteliti di ruangan komen, seorang individu mendakwa dirinya merupakan kakitangan bertugas pada masa itu dan sudah memberi teguran sebanyak tiga kali. Komen netizen pada video. Selain itu juga, laporan polis juga sudah dibuat terhadap lelaki berkenaan susulan daripada tindakan tidak bertanggungjawabnya itu. “Untuk menjelaskan situasi, kakitangan pada masa itu telah memaklumkan kepada pelanggan bahawa tiada haiwan peliharaan dibenarkan. "Kami terpaksa memanggil pengawal keselamatan untuk tolong bagi teguran pula," ujarnya. Untuk makluman, tindakan dilakukan pelanggan terbabit melanggar kod kebersihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang melarang haiwan peliharaan berada di premis makanan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube