TEMPOH reman terhadap suspek kes bunuh Nur Farah Kartini Abdullah, 25, disambung selama tujuh hari lagi bermula 23 hingga 29 Julai ini untuk siasatan lanjut dapat dijalankan. Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Majistret, Nurul Mardhiah Mohammed Redza. Suspek yang juga merupakan anggota polis berpangkat Lans Koperal itu ditahan 16 Julai lalu selepas bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu dilaporkan hilang. Suspek sebelum ini ditahan reman selama tujuh hari susulan penemuat mayat Nur Farah Kartini di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor pada 15 Julai lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Kad sim milik suspek bunuh Nur Farah Kartini dianalisa, pencarian bahan bukti di kebun ubi ARTIKEL BERKAITAN: Beg tangan dipercayai milik Nur Farah Kartini pula ditemui di lokasi kedua Sepanjang tempoh siasatan, bahan bukti seperti telefon bimbit, beg tangan dan kad sim dipercayai milik mangsa ditemukan di beberapa lokasi termasuklah di sebuah kebun ubi. Difahamkan, kebun ubi di Kampung Klan Halt, Slim River, Perak tersebut bukanlah milik suspek sebaliknya hanya mengusahakannya secara sambilan. Polis turut menjalankan proses sama ke atas kereta jenis Toyota Vios milik suspek selepas pulang dari pencarian bahan bukti di kebun ubi pada Sabtu. Nur Farah Kartini dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu sebelum mayatnya ditemukan dalam ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, dekat Felda Gedangsa, Hulu Selangor, pada 15 Julai 2024. Susulan itu, seorang lelaki direman sehingga 22 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube