suria

Didakwa peras ugut warga asing, dua polis IPD Kajang direman

Polis sentiasa bertindak atas maklumat awam.

DUA anggota polis ditahan kerana didakwa memeras ugut seorang warga asing di Jalan Taming Sari, Kajang di Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mangsa telah membuat laporan polis berhubung video tular dan menunjukkan dakwaan pemerasan berlaku.

"Siasatan menunjukkan kejadian berlaku pada Ahad. Kami telah menahan dua anggota polis, yang bertugas di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kajang.

"Kertas siasatan juga telah dibuka mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambah beliau, kedua-dua anggota polis terbabit direman selama dua hari sehingga Selasa (30 Julai).

"Polis Selangor tidak akan melindungi mana-mana pegawai atau anggota yang terlibat dalam kegiatan jenayah.

"Kami tidak akan berkompromi dalam menyiasat secara menyeluruh kes itu berdasarkan kesalahan yang dilakukan," tegasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain