suria

Dua lelaki maut dalam pembentung sedalam 4.5m di Jitra

Pasukan bomba berusaha mengeluarkan mangsa dari pembentung.

DUA lelaki yang dilaporkan terperangkap dalam pembetung berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Kemunting di Jitra, Kedah ditemukan maut.

Lelaki berusia 27 dan 31 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan selepas penyelamat membawa mereka keluar dari pembetung sedalam 4.5 meter pada kira-kira pukul 11 pagi Selasa.

Ketua Penolong Kanan Balai Bomba Jitra, Mohd Bustan Karudin berkata, anggota penyelamat menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.29 pagi dan tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian.

“Kami menerima makluman mangsa terperangkap dalam pembetung dan sebaik tiba, mendapati terdapat dua orang di dalam.

“Pengesan gas digunakan untuk memastikan keselamatan di dalam pembetung sebelum sepasukan forensik polis tiba di tempat kejadian.

“Mangsa kemudiannya diambil oleh anggota penyelamat yang memakai peralatan perlindungan diri (PPE),” katanya.

Bustan berkata, mangsa dipercayai orang awam dan bukannya pekerja yang terlibat dalam sebarang tugas di dalam pembetung.

Tambah beliau, pihaknya tidak pasti bagaimana kedua-dua mangsa berakhir di dalam pembetung, sambil menambah mereka tidak mungkin terjatuh kerana pintu masuk pembentung tertutup sebelum kejadian.

Mayat telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, tambahnya. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain