suria

Rogol anak OKU hingga lahirkan bayi! Bapa durjana dipenjara 30 tahun, 30 sebatan!

Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 30 sebatan atas tiga pertuduhan merogol anak kandung. -Gambar hiasan

SEORANG bapa yang dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 30 sebatan kerana merogol anak kandungnya sehingga melahirkan seorang bayi.

Hukuman itu diputuskan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah selepas tiga pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Tertuduh berusia 45 tahun itu didakwa merogol mangsa yang juga Orang Kurang Upaya (OKU).

Mengikut pertuduhan, buruh berkenaan didakwa merogol mangsa yang berusia 12 tahun ketika kejadian di sebuah rumah di Dungun pada 2022.

Malah, tertuduh juga didakwa mengulangi kesalahan sama di lokasi sama pada 2023 dan 2024.

Mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan, mahkamah kemudian hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun, tertuduh hanya dikenakan 24 sebatan memandangkan Seksyen 288 Kanun Prosedur Jenayah hanya membenarkan maksimum hukuman sebatan sebanyak 24 kali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin, manakala manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain