suria

Ustaz didakwa pegang kemaluan budak lelaki

Tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap budak bawah umur. -Gambar hiasan

SEORANG ustaz dihadapkan di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di Melaka pada Isnin, atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang budak lelaki.

Lelaki berusia 36 tahun itu yang juga merupakan guru Bahasa Arab, Abdul Halim Ismail bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.

Pengakuan tersebut direkodkan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah pada Isnin.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memegang kemaluan mangsa seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun.

Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTK) 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 akta sama.

Jika disabit kesalahan, ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Tertuduh berdepan pertuduhan kedua, didakwa melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak sama dengan cara memegang kemaluan sehingga keluar air mani.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(c) AKSTK 2017 dibaca bersama Seksyen 16 akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM20,000 jika disabitkan kesalahan.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah hotel di Melaka Tengah pada kira-kira pukul 10 malam pada 18 Julai, tahun lalu.

Pegawai Pendakwa Inspektor Norhayati Yusof mencadangkan RM20,000 bagi setiap pertuduhan atas budi bicara mahkamah.

Peguam, Syahrul Nizam Mohd Rabi yang mewakili tertuduhan, merayu mahkamah untuk mengurangkan jamin kerana anak guamnya tidak bekerja selepas digantung tugas sebagai penjawat awam.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM15,000 bagi kedua-dua pertuduhan, dan kes disebut semula pada 12 September ini. -The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain