suria

Premis jual minuman, aiskrim diceroboh perompak... Staf wanita ditikam 8 kali!

Seorang pekerja wanita cedera didakwa ditikam lapan kali dalam insiden rompakan di Taman Sri Muda.

TULAR satu klip video memaparkan insiden ngeri di mana seorang pekerja wanita diserang oleh seorang lelaki di sebuah premis minuman dan aiskrim yang terletak di Taman Sri Muda, Shah Alam.

Insiden bermotifkan rompakan itu dipercayai berlaku pada pukul 11.25 pagi Isnin, berdasarkan paparan butiran di kamera litar tertutup.

Rakaman tersebut tersebar di laman sosial selepas dikongsikan oleh satu akaun di Facebook.

"Rompakan kedai M**** Taman Sri Muda, anak A***n S***I, adik I***h yang W****a. Sekarang masih menerima rawatan dan dalam pantauan doktor.

"Dia bekerja sebagai supervisor dekat kedai M**** tu.

"Lapan kali kena tikam dekat perut. Kena samun dan ada duit dekat dia RM4,000," demikian kapsyen yang ditulis pada perkongsian berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Rugi RM3.5 juta rumah dipecah masuk, ahli keluarga usahawan wanita akan diambil keterangan - Polis

Menerusi klip video tersebut, kelihatan penyerang lelaki berkenaan masuk dan menceroboh ruang kerja premis sebelum menyerang mangsa yang sedang duduk bersendirian.

Mangsa dilihat cuba melawan dan menyelamatkan diri namun lelaki itu terus mengejarnya.

Ketika penyerang lelaki itu mahu melarikan diri, mangsa cuba mengejar namun dia ditikam bertubi-tubi dipercayai menggunakan pisau.

Dalam perkongsian yang sama, turut dimuat naik sekeping gambar mangsa yang cedera dan sedang menerima rawatan di fasiliti kesihatan.

Bagaimanapun tiada maklumat lanjut mengenai keadaan terkini mangsa.

Menjengah komen netizen, rata-rata meluahkan rasa geram dengan insiden berkenaan yang dipercayai dilakukan seorang lelaki warga asing, berdasarkan raut wajah yang jelas kelihatan pada CCTV.

Netizen dalam masa yang sama menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas agar kejadian sama tidak berulang.

"Warga asing di Malaysia sudah menjadi satu ancaman besar buat rakyat Malaysia! Berwaspada!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain