suria

“Orang kata padan muka!” - Kieda Crepe menangis dituduh jadi punca triplet gugur, dicemuh seperti bunuh anak sendiri

Kieda melawat pusara bapanya yang meninggal pada Julai tahun 2023.

PEMPENGARUH dan usahawan pencuci mulut, Siti Nur Khalieda Yusra, atau Kieda Crepe, 27, yang sebelum ini mengaku hamil kembar tiga mengalami keguguran ketika usia kandungan mencecah 10 minggu enam hari.

Dia mula berkongsi tetang berita hamil triplet itu sejak 7 Julai lalu.

"Patutlah alahan dah semakin berkurangan, rupanya jantung bayi berhenti, anak-anak sudah tinggalkan ibu. Kita berjumpa nanti di syurga ya," ujar Kieda melalui satu hantaran di laman Instagram miliknya.

Namun, khabar duka itu bertambah pedih apabila segelintir warga maya mendakwa keguguran tersebut disebabkan tindak-tanduk Kieda sendiri yang terlalu aktif berkongsi tentang kehamilannya di media sosial.

Perkongsian duka tentang kandungan Kieda Crepe.

Susulan tu melalui satu sesi siaran langsung di TikTok, Kieda menjelaskan dia berbuat demikian kerana berasa teruja setelah disahkan hamil dan ingin berkongsikan perjalanannya menimang zuriat selepas hampir lima tahun menunggu.

"Selepas ni kalau ada rezeki untuk mengandung lagi, memang saya tak akan berkongsi dengan sesiapa pun. Saya cuma teruja sebab perjuangan saya nak dapatkan anak ini ramai yang ikuti. Tapi orang kata padan muka sebab terlalu excited konsi cerita terlalu awal.

"Sebab tu saya suka share aktiviti seperti pergi buat scan dan makanan apa yang saya makan untuk hilangkan PCOS (Sindrom Ovari Polisistik) serta cyst," jelas Kieda.

Ketika ditanyakan tentang punca keguguran oleh penontonnya, Kieda menjawab ia berkemungkinan kerana kehamilannya di luar rahim.

ARTIKEL BERKAITAN: Emas nilai hampir RM1 juta lesap, Kieda yakin ‘kerja’ orang sekitar! Simpan di rumah untuk ‘sumber kekuatan’

"Waktu minggu keempat hingga kelima, doktor scan tak nampak kandungan manakala di luar rahim ada pendarahan. Doktor siap cakap jangan taruh harapan, mungkin mengandung luar rahim.

"Jadi keguguran ni bukanlah sebab saya kerja keras atau pergi mandi-manda. Doktor sendiri kata bukan, ini semua kuasa Dia (Allah). Sedangkan kandungan yang sudah 33 minggu pun boleh meninggal tanpa punca," ujarnya.

Tambah Kieda, dia kesal dengan komen segelintir warga maya yang sungguh menghiris hatinya.

"Ada orang komen (katanya) macam saya pula bunuh anak. Kalau nak tahu, berbanding anak kedua dan ketiga dulu, kandungan yang kali ini saya sanggup berhabis duit untuk beli pelbagai suplemen mahal-mahal.

"Tapi kalau Allah dah kata jantung anak saya nak berhenti, apa saya boleh buat? Bukan saya yang minta, saya sudah berusaha, selebihnya berserah," kata Kieda terkilan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain