suria

Kematian budak perempuan 10 tahun: Saudara terdekat usia 17 tahun direman

Suspek yang ditahan reman merupakan saudara terdekat mangsa.

SEORANG remaja lelaki direman selama tujuh hari bermula Isnin bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak Orang Asli, Nuraina Humaira Rosli, 10, di Kampung Bersah, Pos Kuala Mu, Sungai Siput, Perak.

Permohonan polis terhadap tahan reman suspek berusia 17 tahun bermula Isnin hingga 25 Ogos depan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibenarkan oleh Majistret Nurul Asyifa Redzuan.

Suspek tiba di Mahkamah Majistret Sungai Siput pada pukul 8.30 pagi dengan memakai baju-T biru gelap dan seluar sukan gelap sebelum dibawa keluar 15 minit kemudian.

Nuraina yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Kuala Mu itu merupakan saudara terdekat suspek.

ARTIKEL BERKAITAN: Dibunuh, dirogol! Polis dedah punca budak hilang ditemukan mati dalam paya

Pada Ahad, mayat murid tahun empat itu ditemukan pukul 4.20 petang, hasil operasi mencari yang digerakkan selepas mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah.

Sebelum kehilangannya, kanak-kanak itu kali terakhir dilihat bermain di sekitar perkampungan tersebut pada tengah hari Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, bedah siasat mendapati kesan koyakan pada kemaluan mangsa.

Suspek kes bunuh Nuraina berusia 17 tahun.

Laporan sama juga dikeluarkan Hospital Sungai Siput menunjukkan terdapat kecederaan akibat tekanan pada bahagian leher mangsa.

“Berdasarkan siasatan awal dijalankan, ada kemungkinan kanak-kanak ini yang mempunyai masalah pendengaran dan lembam.

"Mangsa telah dirogol dan dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya diletakkan di kawasan mangsa ditemukan,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain