suria

Mangsa dipercayai dihanyutkan arus deras bawah tanah, bomba ‘standby’ di Pantai Dalam

Pasukan bomba turut membuat pemantauan di IWK Pantai Dalam.

MANGSA mendapan tanah yang terjatuh ke dalam lubang benam berhampiran Masjid India, Kuala Lumpur dipercayai dihanyutkan arus deras di bawah tanah.

Perkara tersebut dimaklumkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa selepas mengambil kira keterangan saksi kejadian yang menyatakan mangsa tidak kelihatan sejurus terjatuh ke dalam lubang benam itu.

Menurut beliau, usaha mencari dan menyelamat (SAR) terhadap wanita berusia 48 tahun itu memerlukan perancangan rapi berikutan membabitkan infrastruktur awam.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami dengar jeritan isteri, kemudian terus senyap... Sukar nak cerita kejadian tragis

ARTIKEL BERKAITAN: Tanah mendap ketika sedang berjalan di Masjid India, wanita dikhuatiri tertimbus sedalam 10 meter

Justeru, jelasnya, pelbagai faktor perlu diambil kira termasuk faktor keadaan gas di bawah tanah justeru setiap tindakan yang diambil perlulah berstrategi dan dirancang rapi demi keselamatan semua.

Memperincikan operasi SAR, Rusdi berkata, dia difahamkan terdapat aliran air deras sehingga ke hujung jalan malah pencarian sehingga ke hujung jalan juga menemui jalan buntu.

Mengulas lanjut, ujar beliau, mangsa bersama beberapa ahli keluarga datang melancong ke Malaysia sejak hampir dua bulan lalu dan bercadang untuk terbang pulang ke India esok.

"Kita sediakan pegawai yang boleh berbahasa India (tamil) dan kita maklumkan (perkembangan) dari masa ke semasa dan kita akan maklumkan kepada pihak kedutaan untuk sambung visa mereka.

"Kita kena sambung sehingga mangsa ditemui jadi mereka (ahli keluarga) perlu berada di sini," katanya.

Dalam pada itu, Jurucakap Pasukan Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur (PGOBKL) mengesahkan pasukannya turut berada di lokasi terakhir sambungan saliran lokasi mendapan berkenaan yang terletak di pusat pembentungan Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam.

"Setakat ini bomba ada kerah pemantauan ke pusat pembentungan IWK di Pantai Dalam," ujarnya ketika dihubungi mStar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain