BERITA baik untuk anda semua, khususnya pelanggan setia Mydin, rangkaian pemborong dan peruncitan terbesar tempatan ini menawarkan penjimatan dan ganjaran bernilai RM6.7 juta menerusi kempen Festival OHMYDIN! Bertujuan menghargai pelanggan setia dengan pelbagai promosi dan peraduan sempena ulang tahunnya yang ke-67, 'Fun Run Festival OHMYDIN!' merupakan salah satu program menarik yang boleh disertai. Program ini dianjurkan di empat lokasi cawangan Mydin iaitu Subang Jaya (Selangor) pada 24 Ogos, MITC (Melaka)pada 21 September, Tunjong (Kelantan) pada 19 Oktober dan Petra Jaya (Sarawak) pada 9 November 2024 bagi memupuk budaya sihat di samping menyemarakkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Datuk Ameer Ali Mydin (dua dari kanan) mengibarkan bendera tanda bermulanya acara program Fun Run. Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad Datuk Ameer Ali Mydin berkata, sambutan ulang tahun ini dianjurkan seiring dengan Hari Kebangsaan Malaysia. "Selain program Fun Run yang berlangsung pada hari ini kami turut menawarkan promosi antaranya Belian dengan Belian (PWP) yang menawarkan diskaun sehingga 50 peratus. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Jadi hari ini bagi yang belum mendaftar menjadi ahli kad Meriah, bolehlah daftar dengan segera," katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran Festival OHMYDIN! di Subang Jaya, Selangor, pagi Sabtu. Bagi setiap pendaftaran program Fun Run, sejumlah RM5 akan disalurkan ke program tanggungjawab sosial korporat MYDIN Prihatin bagi disumbangkan kepada golongan kurang bernasib baik. ARTIKEL BERKAITAN: Mydin - Boost Bank jalin kerjasama... Pelanggan dapat banyak manfaat, lebih penjimatan ARTIKEL BERKAITAN: Memberi kembali kepada masyarakat, Mydin teruskan tradisi Ramadan... Agih 45,000 bubur lambuk percuma Peserta larian sejauh 6.7km itu juga berpeluang menikmati cabutan bertuah peranti Oppo, baucar tunai dan hamper. "Selain itu, kita kembali dengan Hari-Hari MYDIN Murah dan Happy Hour Sales, Jualan Kasi Sampai Licin di MYDIN USJ, bagi menawarkan penjimatan barangan asas dan barangan keperluan. "Semuanya murah-murah dan pasti berbaloi-baloi," katanya. Sebahagian peserta bergambar kenangan bersama Datuk Ameer Ali Mydin. Kempen yang berlangsung sehingga 11November 2024 ini turut mendapat kerjasama 55 rakan kerjasama strategik termasuk MYDIN PayFlex yang dikuasakan oleh Boost Kredit, OPPO, Adabi, F&N, Puteri, Unilever dan Wipro Unza ini bertujuan menghargai pelanggan setia dengan pelbagai promosi dan peraduan hebat. Program 'Jom Durian' turut akan dianjurkan di MYDIN Bukit Mertajam (Pulau Pinang) pada 7 September dan MYDIN Pelangi Indah (Johor) pada 5 Oktober ini bagi memberi peluang orang ramai menikmati sedulang durian pada harga serendah RM100. Datuk Ameer Ali Mydin (dua, kiri) dan isteri, Datin Siti Hawa (kiri) bergambar kenangan selepas menamatkan larian. Di samping itu, pengguna aplikasi pembayaran terlibat seperti Atome, MCash, Moby Islamic dan SpayLater berpeluang menerima pulangan tunai dengan jumlah keseluruhan bernilai RM67,000 apabila berbelanja di menggunakan aplikasi tersebut dalam satu transaksi mana-mana cawangan MYDIN. Empat jenama, iaitu Adabi, Carrie Junior, Puteri, dan Lifebuoy, turut mengadakan permainan dalam aplikasi MYDINPay yang dikuasakan oleh CashOut, dengan jumlah hadiah keseluruhan bernilai RM103,500. Pendaftar baharu aplikasi MYDIN PayFlex berpeluang menerima RM15 kredit tunai dan layak menerima promosi Belian dengan Belian Borong (PWP). Orang ramai boleh mengunjungi laman media sosial rasmi MYDIN Malaysia bagi maklumat lanjut mengenai kempen Festival OHMYDIN! yang berlangsung sehingga 11 November 2024. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube