suria

Bapa tiri, ibu didakwa bersekongkol bunuh anak perempuan umur 8 tahun

Pasangan suami isteri diiringi anggota PDRM untuk didakwa di Mahkamah Majistret. -foto Sinar Harian

SEORANG lelaki dan isterinya dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada Selasa atas pertuduhan membunuh anak sulung mereka sekitar dua minggu lalu.

Tertuduh yang merupakan seorang pengawal keselamatan, Mohamad Zulhelmy Amirrudin, 29, dan isterinya Norfazira Radzi, 30, mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Chai Guan Hock.

Walaupun begitu, tiada pengakuan direkodkan kerana kes terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa bersekongkol menyebabkan kematian Nur Anissa Afiera Muhamad Zulhafize, 8, di dalam apartmen di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor, antara jam 11.51 pagi hingga 3.51 petang 17 Ogos lalu.

Untuk makluman, Mohamad Zulhelmy merupakan bapa tiri Nur Anissa.

Pasangan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, sekiranya didapati bersalah boleh dihukum gantung sampai mati atau dipenjara antara 30 tahun hingga 40 tahun.

Prosiding kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Izairah Zainal manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain