suria

Gempar kejadian berbalas tembakan, lelaki ada 16 rekod jenayah ditembak mati

Kejadian yang menyaksikan penjenayah dan polis berbalas tembakan di Bukit Beruntung.

SEORANG suspek lelaki berusia 36 tahun ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Bukit Beruntung di Rawang, Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 9.30 malam pada Jumaat.

Menurutnya, anggota polis mengarahkan suspek untuk memberhentikan kenderaannya, namun dia enggan berbuat demikian.

"Suspek kemudian melepaskan tembakan ke arah anggota polis, memaksa mereka membalas tembakan.

"Suspek disahkan meninggal dunia maut di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurut Hussein, suspek mempunyai 16 rekod jenayah lampau atas pelbagai kesalahan.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Polis Hulu Selangor di talian 03-60641223 atau balai polis berhampiran," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain