suria

Laungan merdeka bergema! Wira tragedi Balai Polis Ulu Tiram bangga pimpin ikrar Rukun Negara

Mohd Khairul Azhar memimpin bacaan ikrar Rukun Negara ketika sambutan Hari Kebangsaan 2024.

ANGGOTA polis kelahiran Kudat, Koperal Mohd Khairul Azhar Abbi Paisa berbangga dapat memimpin bacaan ikrar Rukun Negara sempena sambutan Hari Kebangsaan 2024, pada Sabtu.

"Saya bangga, dan pastinya saya membuatkan ibu bapa saya di kampung halaman turut merasakan perkara sama kerana saya turut membawa nama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Bukan semua orang dikurniakan peluang sebegini," katanya kepada The Star di Dataran Putrajaya di Putrajaya.

Menurut Mohd Khairul Azhar, dia mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan kepada seluruh rakyat Malaysia dan berharap setiap rakyat dapat mempertahankan kebebasan yang dikecapi.

ARTIKEL BERKAITAN: Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 2 anggota terkorban baru 2 tahun berkhidmat dalam PDRM

ARTIKEL BERKAITAN: Gempar balai polis diserang lelaki bertopeng! Dua anggota maut, seorang mangsa di zon merah hospital

Dia memaklumkan mengambil masa kira-kira seminggu untuk menyempurnakan bacaannya sebelum acara yang berlangsung pada Sabtu.

Selepas membaca ikrar Rukun Negara, Mohd Khairul Azhar turut mengetuai hadirin dan tetamu melaungkan ikonik 'Merdeka' sebanyak tujuh kali – mencontohi Perdana Menteri pertama, Almarhum Tuanku Abdul Rahman Putra al-Haj, lebih 60 tahun lalu.

Dia disertai 66 pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas Cheras, Kuala Lumpur.

Mohd Khairul Azhar merupakan salah seorang daripada tiga anggota Balai Polis Ulu Tiram, Johor yang dinaikkan pangkat kerana melaksanakan tugas dengan cemerlang ketika menghadapi serangan terhadap balai polis pada 17 Mei lalu.

Dalam kejadian awal pagi itu, dua anggota polis, Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, terkorban selepas diserang seorang lelaki bersenjatakan parang. -The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain