SEBUAH pesawat Malaysia Airlines (MAS) dalam penerbangan ke Seoul, Korea Selatan dilaporkan terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Menurut penjejak penerbangan global, FlightRadar, pesawat MH66 itu berlepas dari KLIA pada pukul 12 tengah malam Ahad, menuju ke Lapangan Terbang Incheon. Bagaimanapun, pesawat itu berpatah balik dan mendarat dengan selamat di KLIA pada pukul 1.30 pagi Isnin. Difahamkan, pesawat tersebut mengalami masalah teknikal. Sehingga kini, syarikat penerbangan MAS belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat MAS dalam penerbangan ke Bangkok alami masalah tekanan, terpaksa berpatah balik ke KLIA ARTIKEL BERKAITAN: Penumpang berdepan detik cemas, pesawat MAS berpatah balik ke Hyderabad kerana masalah enjin Kejadian itu susulan beberapa insiden membabitkan penerbangan MAS pada tahun ini. Pada 20 Ogos lalu, pesawat MH128 dari Melbourne ke Kuala Lumpur dilencongkan ke Alice Springs gara-gara masalah enjin di udara. Sebelum itu, pesawat MAS yang membawa jemaah umrah ke Jeddah pada 4 Ogos juga terpaksa berpatah balik ke KLIA disebabkan masalah teknikal. Pada 24 Jun lalu, turut dilaporkan mengenai sebuah pesawat MAS dalam perjalanan ke Bangkok, Thailand berpatah balik ke KLIA ekoran masalah tekanan. Selain itu, sebuah pesawat MAS juga terpaksa melakukan pendaratan cemas di Hyderabad selepas mengalami kegagalan enjin pada 20 Jun lalu. -The Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube