suria

392 kanak-kanak dikaitkan dengan GISB jalani saringan... KPN sahkan wujud elemen jenayah fizikal, emosi

Razarudin berkata saringan kesihatan mendapati wujud elemen jenayah ke atas mangsa yang diselamatkan.

POLIS mengesan elemen jenayah fizikal dan emosi melalui saringan kesihatan ke atas mangsa yang diselamatkan dari pusat jagaan di Selangor dan Negeri Sembilan minggu lepas.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain sambil menambah 392 kanak-kanak yang diselamatkan sudah menjalani saringan setakat ini.

Bercakap pada sidang media pada Selasa, Razarudin berkata hampir 100 akaun bank yang dikaitkan dengan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB) telah dibekukan.

Ia membabitkan pembekuan 96 akaun berjumlah RM581,552.31 dan polis turut merampas lapan buah kereta.

Mengenai suspek yang ditahan, KPN berkata polis akan memohon agar tempoh reman mereka dilanjutkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sijil halal roti Ikhwan tamat 2017, tak renew kerana kilang pindah lokasi

"Jumlah kertas siasatan terkumpul yang dibuka dalam fasa satu dan dua adalah sebanyak 33.

"23 kertas siasatan dibuka semasa fasa dua dalam empat kontinjen polis; Selangor, Negeri Sembilan, Perlis dan Kuala Lumpur,” katanya lagi.

Rabu lalu, seramai 402 kanak-kanak terdiri daripada 201 lelaki dan 201 perempuan berusia antara satu hingga 17 tahun diselamatkan dari 20 rumah yang diserbu dalam operasi Ops Global.

Rumah jagaan itu dilaporkan mempunyai kaitan dengan Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB).

Terdapat dakwaan kanak-kanak itu telah didera, dieksploitasi dan diserang secara seksual.

Seramai 171 suspek berusia antara 17 hingga 64 tahun ditahan termasuk seorang guru dan penjaga asrama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain