suria

‘Abang bas’ bebas selepas bayar wang jaminan RM40,000, sebak peluk keluarga di mahkamah

'Abang bas' dibebaskan selepas membayar jaminan RM40,000.

PEMANDU bas yang didakwa atas pertuduhan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan dibebaskan dengan bayaran jaminan sebanyak RM40,000.

Dia dibebaskan selepas pembayaran dibuat di Kompleks Mahkamah Muar pada pagi Selasa.

Menerusi video tular di media sosial, pemandu berusia 24 tahun itu yang diberi gelaran 'abang bas' selepas kisahnya tular, dilihat memeluk erat ahli keluarganya yang menanti di perkarangan mahkamah.

Turut kelihatan adalah peguamnya, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar dan Muhammad Hariz Md Yusoff.

ARTIKEL BERKAITAN: Abang Bas dihadapkan ke mahkamah sekali lagi gara-gara komen sensasi ‘crush’

Untuk rekod, mStar sebelum ini melaporkan pemandu bas itu didakwa di Mahkamah Muar atas dua pertuduhan.

Ia membabitkan pertuduhan amang seksual fizikal dan amang seksual bukan fizikal di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Pertuduhan kedua pula dibuat mengikut Seksyen 15(a)(iii) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Sebelum ini netizen meluahkan kebimbangan terhadap kandungan TikTok yang dimuat naik oleh pemuda berkenaan.

Ini termasuk kapsyen seperti 'hari ini crush kita buat homework' yang digunakan pemandu bas sekolah tersebut, dianggap tidak bersesuaian untuk ditujukan kepada murid sekolah rendah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain