suria

KKM sahkan 1 kes baharu mpox di Malaysia... Pesakit lelaki naik ruam sehari selepas demam, batuk

KKM sahkan satu lagi kes mpox membabitkan seorang pesakit lelaki. -Gambar hiasan

MALAYSIA merekodkan satu kes baharu mpox varian clade II membabitkan seorang lelaki warga tempatan, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, pesakit itu mula menunjukkan gejala pada 11 September, diikuti ruam pada hari berikutnya.

"Daripada 58 kes disyaki mpox yang telah dirujuk kepada KKM sepanjang tahun ini, satu kes telah disahkan positif mpox clade l pada 16 September 2024.

"Pesakit itu merupakan seorang lelaki warganegara yang mula menunjukkan gejala demam, sakit tekak, dan batuk pada 11 September, manakala ruam mula muncul pada 12 September," ujar KKM dalam satu kenyataan pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Badan naik ruam, kulit melepuh... Ketahui 6 tanda-tanda lain jangkitan mpox

Tambahnya, semua 10 kes mpox yang direkodkan di negara ini sejak 26 Julai 2023 adalah dari varian clade II sahaja.

Dalam pada itu, KKM berkata pesakit tersebut juga tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 21 hari sebelum timbulnya gejala.

Dia kini sedang menjalani isolasi dan berada dalam keadaan stabil, tambah KKM.

"Semua kontak pesakit sedang dikenal pasti dan status kesihatan mereka akan dipantau mengikut tatacara kendali piawai (SOP) semasa yang ketat," kata kenyataan itu lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain