suria

Pengawal keselamatan dibunuh, mayat disumbat dalam but kereta

Kes melibatkan pembunuhan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -Gambar hiasan

MAYAT seorang pengawal keselamatan ditemukan dalam but sebuah kereta di tepi Jalan Pasir, Taman Pertama, Sabak Bernam pada Isnin.

Menurut Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Robin Guha Thakurta, hasil siasatan mendapati mangsa yang berusia 43 tahun itu dipercayai dibunuh susulan terdapat unsur jenayah yang menyebabkan kematian mangsa.

Ujarnya, anggota Unit Kereta Peronda (MPV) memaklumkan terjumpa sebuah kereta Proton Saga BLM yang mencurigakan diparkir di tepi jalan pada 6.04 petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Kejam! Pereka dalaman maut ditikam 20 kali, jiran dengar pergaduhan dari rumah mangsa

"Hasil pemeriksaan menemui lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam but kereta.

"Siasatan awal mendapati mangsa berusia 43 tahun bekerja di daerah ini," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Susulan itu, ujarnya, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam di talian 03-32242222.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain