suria

Berpantang maut sebelum ajal.... Wanita terselamat kereta terbakar, dihempap bongkah konkrit

Sebuah kereta terbakar dalam kejadian di Jalan Mambau. Foto JBPM Negeri Sembilan

BERPANTANG maut sebelum ajal.

Seorang wanita nyaris maut apabila kereta yang dinaikinya terbakar selepas dihempap bongkah konkrit besar yang terjatuh dari sebuah treler.

Kejadian berlaku di Jalan Mambau, Seremban pada pagi Jumaat.

Komander Operasi Kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban 2, PKPgB Ahmad Khomeini Kamarudzaman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 7.28 pagi.

Menurutnya, kereta yang dipandu mangsa tidak dapat mengelak bongkah konkrit besar yang terjatuh dari sebuah treler ketika melalui selekoh jalan dan terkena kenderaan tersebut yang menggunakan jalan sama.

"Kejadian itu menyebabkan sebuah kereta jenis Proton Saga FLX musnah terbakar 100 peratus.

"Mangsa yang merupakan seorang wanita berumur 31 tahun mengalami kecederaan ringan dan diberi rawatan," katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

Ahmad Khomeini berkata, sebuah lagi kenderaan jenis Perodua Axia turut terlibat dalam kemalangan dan mengalami kerosakan.

Bagaimanapun, pemandu lain tidak mengalami kecederaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain