suria

Jeritan tanpa henti, tidur pasti tak lena... Nights of Fright 10 kembali dengan lebih merinding!

Nights of Frights edisi kesepuluh di Sunway Lagoon dinantikan oleh peminat.

FESTIVAL seram Nights of Fright kini kembali dengan himpunan rumah hantu yang pastinya mendebarkan jantung anda.

Bagi edisi kali ini iaitu Nights of Fright 10 (NOF10), Sunway Lagoon dengan bangganya mempersembahkan acara yang lebih merinding bulu roma dan berskala mega daripada tahun sebelumnya.

Menariknya, NOF10 dijayakan dengan kolaborasi bersama Silent Hill iaitu francais filem seram daripada Amerika Syarikat yang popular di persada antarabangsa.

Bagi mereka yang meminati aksi ngeri dan menginginkan deruan andrenalin sehingga ke kemuncaknya, Nights of Fright 10 adalah acara wajib untuk anda sertai, jangan lepaskan peluang ini.

Pelbagai pertunjukan serta segmen bertemakan kisah rakyat menggerunkan akan disajikan secara langsung oleh sekitar 250 pelakon berbakat kepada anda.

Dalam pada itu, Penolong Pengurus Besar Bahagian Pemasaran dan Pengalaman Taman Tema Sunway Lagoon, Michelle Soong berkata ulang tahun ke-10 Nights of Fright merupakan satu pencapaian yang mengagumkan.

Bone Man antara entiti dalam Nights of Frights 10 yang bikin pengunjung kecut perut.

"Bagi meraikan sedekad penganjuran Nights of Fright, kami di Sunway Lagoon berhasrat untuk memberikan pengunjung sesuatu yang di luar kebiasaan pada tahun 2024 ini.

"Kami memperkenalkan tarikan baharu yang dijamin membuatkan pengunjung terketar-ketar mengharungi malam yang panjang di dalam Nights of Fright. Rasa seram sejuknya tidak tertanding, jeritan demi jeritan akan kedengaran," ujar Michelle.

Sementara itu, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif The Sudden Impact! Entertaiment Company, Lynton V Harris berkata pihaknya turut menantikan Nights of Fright dengan penuh keterujaan.

"NOF10 akan melonjak ke tahap yang lebih unggul, menjanjikan pengunjung untuk merasai pengalaman seram yang imersif dan mencipta 'trauma' dalam memori yang hanya boleh didapati di Nights of Fright.

ARTIKEL BERKAITAN: Uji bakat jadi ‘hantu’ bermula, festival Nights of Fright 8 kembali di Sunway Lagoon!

ARTIKEL BERKAITAN: Awas, ada yang perhati! NOF7 di Sunway Lagoon kembali menghantui anda

"Antara yang menarik dalam Nights of Fright kali ini adalah rumah hantu berkisarkan Silent Hill dan legenda mistik tempatan yang tak lapuk dek zaman iaitu 'Lebuhraya Karak'. Anda tidak akan tidur lena apabila pulang ke rumah," katanya.

NOF10 menggabungkan pelbagai mitos dan cerita rakyat yang menghantui masyarakat sejagat, antaranya entiti misteri 'Bone Man' daripada China, dikatakan memerangkap roh yang berani melawan kehendaknya di alam selepas kematian.

Selain itu, watak 'Alice' daripada kartun kanak-kanak karya Sir John Tenniel, Alice in Wonderland juga dibentuk semula menjadi karakter yang mengerikan, ia kini dikenali sebagai ALICE!.

Nostalgia mencuit hati ketika menonton Alice in Wonderland bakal berubah menjadi seram dan menggugat segala pengetahuan anda mengenai watak 'Alice'.

Zon 'Silent Hill' yang menjadi acara kemuncak dalam Nights of Frights 10.

Seterusnya, sorotan utama untuk NOF10 adalah pengenalan Silent Hill, francais seram yang terkenal kerana menanam rasa gentar kepada penonton menerusi medium psikologi.

Dalam segmen Silent Hill, pengunjung NOF10 akan memasuki ruang yang diselubungi atmosfera dingin meyeramkan, di sebalik kesamaran itu, pelbagai makhluk jelik menanti untuk memunculkan diri, insan berjiwa kental akan turut tewas.

Nights of Fright ke-10 bermula daripada 20 September hingga 31 Oktober 2024, setiap Jumaat hingga Ahad, dibuka daripada pukul 7.30 petang hingga 11.30 malam di Sunway Lagoon.

Tunggu apa lagi, dapatkan tiket anda segera di sini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain