suria

Pusat komersial GISBH diserbu... Lebih 10 individu diperiksa termasuk wanita, kanak-kanak

Serbuan pihak polis ke atas pusat komersial GISBH di Rawang, Selangor.

LEBIH 10 individu termasuk wanita dan kanak-kanak diperiksa dalam serbuan polis di pusat komersial Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) di Bandar Country Homes, Rawang, Selangor.

Susulan operasi pada Sabtu, individu terbabit yang berumur antara enam hingga 60 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dengan menaiki enam van dan tiga kereta untuk menjalani proses dokumentasi.

Operasi yang bermula pada pukul 6.30 pagi melibatkan polis Selangor, Unit Simpanan Persekutuan (FRU), Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Beberapa premis perniagaan lain turut diperiksa kerana disyaki mempunyai kaitan dengan GISBH iaitu kedai dobi, kedai pencetakan, pusat rawatan dan klinik, hotel, bakeri, pusat khidmat media, butik, galeri dan restoran.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis periksa rumah disyaki dihuni ahli GISBH, jiran akhirnya buka cerita

MPS turut merobohkan beberapa struktur binaan haram selain menyita premis-premis perniagaan dimiliki GISBH termasuk trek berkuda yang didapati tidak berlesen.

Pada Rabu, polis merekodkan keterangan 740 individu sebagai sebahagian daripada siasatan ke atas GISBH.

Sebanyak 10 kertas siasatan dibuka dan polis membekukan 96 akaun bank yang dikaitkan dengan GISBH membabitkan jumlah keseluruhan RM581,552.

Pada 11 September lalu, polis menyelamatkan 402 kanak-kanak, terdiri daripada 201 lelaki dan 201 perempuan, berumur antara satu hingga 17 tahun, dari 20 rumah jagaan di Selangor dan Negeri Sembilan dalam Ops Global.

Terdapat dakwaan bahawa kanak-kanak itu didera, dieksploitasi dan diserang secara seksual.

Seramai 171 suspek berusia antara 17 hingga 64 tahun ditahan termasuk seorang guru dan penjaga asrama. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain