suria

Tanah runtuh di Cameron Highlands, Myvi rosak dihempap tiang tumbang

Tanah runtuh menyebabkan beberapa kenderaan di tepi jalan mengalami kerosakan.

SATU kejadian tanah runtuh berlaku di Brinchang, Cameron Highlands, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintenden Azri Ramli bagaimanapun berkata, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu.

Foto serta video sekitar kejadian turut dikongsi di media sosial.

460877485_502020622718976_4348722567114702274_n

Tanah runtuh berlaku kira-kira pukul 11 pagi.

Beberapa buah kenderaan termasuk sebuah kereta Perodua Myvi mengalami kerosakan akibat dihempap tiang yang tumbang.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanah Rata, Ho Chi Yang berkata, kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan Besar Brinchang-Kea Farm kira-kira pukul 11 pagi.

Dalam hantaran di Facebook, beliau turut berterima kasih kepada Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands, Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis dan pihak berkuasa lain atas tindakan pantas mereka bagi memastikan keselamatan penduduk dan pelancong. -The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Berikut

Artikel Lain