suria

Batman muncul di majlis hari lahir, Khairulaming syukur dikelilingi orang baik dan positif

Kehadiran watak adiwira Batman memeriahkan majlis sambutan hari lahir Khairulaming.

SELEBRITI media sosial, Khairulaming meraih perhatian ramai apabila berkongsi foto sekitar majlis ulang tahun kelahirannya yang ke-32.

Dilahirkan pada 25 Septmber 1992, Khairulaming menerima kejutan dalam majlis meriah yang dihadiri rakan-rakan terdekatnya.

Dalam acara itu, seorang lelaki yang memakai kostum watak adiwira Batman turut membuat kemunculan sambil membawa kek pulut kuning untuknya.

KA2

Para tetamu turut disajikan dengan pulut kuning dan rendang.

"Officially 32. Kawan-kawan aku confused nak buat tema apa ni," ciap Khairulaming di platform X pada Rabu.

"Terima kasih diberikan circle yang baik dan positif. Licin semua orang makan pulut kuning dengan rendang," tulisnya di Instagram Story pula.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas sarapan semeja, Khairul Aming dapat pula surat penghargaan rasmi PM New Zealand... Netizen kata layak dapat ‘Datuk’

Di ruangan komen, ramai netizen turut meninggalkan ucapan selamat hari lahir buat usahawan itu.

"Barakallah fi Umrik. Semoga dengan bertambah usiamu, maka semakin bertambah sempurna iman serta akhlakmu.

"Happy birthday! Semoga terus berjaya dan menjadi inspirasi anak muda.

"Happy birthday Khairulaming, semoga terus sukses," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain